Rabu, 7 Ogos 2024

LIFE GOAL

 kenapa aku rasa semua manusia dalam dunia ni tahu apa yang diorang nak? macam mana korang boleh tahu? macam mana korang boleh sure benda tu adalah benda yang betul-betul korang nak? korang pernah travel ke masa depan ke? what if kalau waktu tu korang nak, tapi makin berlalu masa korang dah taknak benda tu? ke korang yakin dengan pilihan korang? how? aku sangat salute dengan orang yang sentiasa clear dengan masa depan dia. pada aku tu adalah talent and tak semua orang ada talent tu. contohnya macam aku. sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak. yang aku nak cuma.... (jap eah fikir dulu)... ermmm........ hmmmmm.... apa eah?.... (30 minit kemudian) oh ada rupanya. aku nak travel. aku sangat suka berjalan-jalan. kalau boleh aku nak lawat seluruh dunia. kalau boleh luar angkasa pun aku nak lawat. hahaha. entahlah eah, boleh ke tercapai? tapi kalau jadi language translator mesti dapat jalan sana-sini. sekarang dah ada google translator, ada ke orang nak hire translator lagi? kalau boleh cakap arab boleh apply nak jadi mutawwif wehh.. dapat buat umrah tiap2 bulan. bestnyerrr. rugi dulu kat sekolah belajar bahasa arab main-main. hahaha. dulu aku ingat cikgu arab aku pernah mainkan kitorang dalam kelas sebab kitorang tak fokus dia ajar. tahu tak dia cakap apa? 'antuna jamilatun misla qirdun' maksudnya 'awak semua cantik macam monyet'. pastu ustaz tu tanya lagi 'naam au la?' 'betul ke salah?' kitorang pun jawab dengan confident 'naaaaaaaaaaammmm' tergelak habis ustaz tu. orang arab ni memang kuat gebang sikit. kalau arab kau noob memang kena je lah kau kat sana. hahaha rindu pula zaman kat maahad johor. so okay arab susah. what else? jepun? damn aku sangat-sangat suka bahasa jepun. tengah try nak master language ni. mana tahu boleh jadi translator pastu dapat duduk kat jepun. wehhhhhh bayangkan je pun dah bestt sehhhh. apa lagi eah... oh korea!!! walaupun aku tak teringin nak duduk kat korea (sebab rasis) tapi mak mentua saya (mak juyeon) orang korea. nak kena pandai cakap and masak-masakan korea ni. nanti baru mak mentua sayang hehehe (rasa cam nak smackdown diri sendiri sebab terlampau comel). lagi apa eah? bahasa turki? tempat paling aku nak pergi sekali dalam dunia ni. ISTANBUL. saya nak visit makam crush saya iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. bestnya kalau dapat visit aya sofia. mesti orang rasa biasa je tapi pada aku aya sofia ni sangat-sangat luar biasa. tahu kenapa? aya sofia ni lah bukti kemenangan dan kehebatan tentera islam kita zaman dulu. dulu aya sofia ni church tau zaman kostantinopel dulu. tapi lepas islam tawan, sultan muhammad alfateh terus ubah aya sofia ni jadi masjid. for me it was a cool history. sambil baca jantung aku berdegup laju sebab teruja. aku boleh rasa betapa takjubnya kaum manusia zaman tu sebab buat sejarah paling terulung dalam dunia ni. berdebar-debar, excited, kagum semua lah time tu. i wish dekat syurga nanti aku boleh jumpa sultan muhammad alfateh and i will tell him that i was his biggest fans. best kan? haha buat lah baik dulu baru dapat masuk syurga. ini perangai macam setan ingat dapat masuk ke ain? hahaha wehh tak baik negatif. takpe2 inshaallah ain aku berubah perlahan-lahan jadi baik. ohhh i think i know my goal now. aku tak inginkan apa-apa dah. aku cuma nak jadi baik. tu goals aku. aku cuma nak jadi manusia yang baik, Allah redha and aku dapat masuk syurga. kalau ada rezeki kahwin, aku harap bakal suami aku pun inginkan benda yang sama. tak terlalu fokus pada dunia. lebih fokus akhirat dan yang paling penting boleh membimbing aku and dialah orang yang akan pimpin aku ke syurga nanti. itu je aku harap. aku teringat waktu buat umrah dulu cik ani pesan "ain kalau nak doa minta jodoh, jangan minta dapat suami yang baik, tapi mintalah suami yang boleh bimbing kita ke syurga" and for me betul baik belum tentu betul-betul faham agama. tapi lelaki yang boleh bimbing kita ke syurga dah tentunya adalah seorang lelaki yang baik dan faham akan agama. aku pun berharap tak dapat suami yang materialistik sebab aku tak ada sifat macam tu. aku harap dia orangnya sederhana dan kuat iman. amin. this is truly what i want. writing is amazing. before this, at the first sentence i dont even know what i want in this life. now i think i kinda know what my goal is and its just something easy hahaha

Khamis, 18 Julai 2024

a man that broke my heart since 2016.

this is my second time confessed to him and i got rejected again... ive been falling in love one sided since 2016 and now still keep going. after got rejected once i dont know why i didnt learn any lesson. got rejected for the second time. i dont know why i still brave to get hurt again. i dont know how to feel anymore. i cant feel the pain anymore. all i hope is he will like me one day. all i want is him, i dont want anyone else. just him.

Jumaat, 3 Mei 2019

Extraordinary

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

today was special day for me. sebab harini ain dah buat sesuatu yang sangat membanggakan diri sendiri. this is my first time buat kerja dan rasa kerja yang ain siapkan tu sempurna gila. hehehehehe. perasan kan? tapi nak tahu tak markah hari ni ain dapat berapa? dapat 9/10 for individual dan 8/10 untuk presentation. best kan???? sebab ain tahu kerja yang ain buat tu memang hasil titik peluh ain sendiri dan ain tahu betapa susahnya buat kerja tu. and now ain feel happy sebab ain berjaya hadapi kesusahan tu dan berjaya dengan jayanya. hihihihihi. tapi actually yang ain nak bagitahu kan dekat u ni kalau nak cari group assignment carilah betul-betul reti buat kerja dan boleh diharap. jangan pilih kawan sebab kau rapat dengan dia, yes memang kawan kau tu buat kerja tapi sekadar melepas batuk ditangga jelah. dengar ni ain pesan ni. bukan apa, kalau korang dapat ahli yang bergantung harap pada kau seratus peratus walaupun sebenarnya diorang boleh buat kalau sendiri tapi malas nak volunteer apa-apa. pesan saya. TINGGALKAN. hahahhahahha kejam kan? cari kawan lain please. cari kawan yang sentiasa up to date dengan kegiatan semasa. and sentiasa bersedia menghulurkan bantuan. bukan yang hulur bantuan tapi siapkan alah kadar je. jangan please jangan. korang tahu sebab apa? sebab nanti korang yang penat siapkan kerja sorang-sorang. diorang tak bantu kau pun. and alhamdulillah ain dapat grup kaunselor siswa yang baik-baik walaupun kita tak sama bangsa, negeri, agama dan juga umur. tapi kita siapkan kerja dengan penuh bergaya dan bekerjasama. ain suka sangat. selain group kaunselor siswa ain suka group soft skill juga. sebab ain rasa betapa kerjasama dan latihan hari-hari tu penting untuk menjadikan satu program tu berjaya. tak macam group marketing buat semua nak last minute, last2 semua salah. takde kerjasama. apa-apa jelah dah habis dah pun. redha jelah mampu. hahhahahahaahha macam mimpi kan?? pelik dan ajaib. ain selalu terfikir boleh ke ain jadi yang terbaik? inshaallah boleh yang penting mesti ada semangat yang tinggi dalam diri tu. okay chukkae everyone yang baca entri ain ni, ain doakan korang semua dapat melalui hari-hari yang membahagiakan macam ain lalui hari ni. yes memang sikit je, semua orang mampu buat. tapi ain nak appreciate semua perkara-perkara bahagia yang kecil2 yang ain lalui. supaya bila satu hari nanti, kalau ain tengah down atau hadapi waktu2 sedih ain ada sesuatu yang boleh baca tentang achievement yang ain dapat dan betapa bahagianya ain haritu. sekiannn








Sabtu, 27 Oktober 2018

G.O.N.E.

                                       


Right now, i just miss my parents. Ayah dan ibu. tapi i guess diorang tak rindu aku pun. yelah aku ni kan macam ada tapi tak ada. Hari-hari aku je yang call diorang. dan paling buat aku rasa bersalah sangat-sangat aku asyik minta duit je kat diorang. yelah aku masuk U pun tak ambil  PTPTN kan. so, aku memang hidup sesak sangat kat sini. aku dah bertahan untuk tak mintak tapi tulah aku still tak boleh nak tahan lagi. lainlah nak dibandingkan dengan adik aku, dia jenis estimate pandai berjimat and paling best makan tak banyak. that's why mak ayah aku lagi sayang dia. aku memang rasa terpinggir kalau kat rumah. sebab aku rasa aku paling teruk kat rumah tu. dekat mana-mana pun aku pergi, aku mesti aku rasa aku yang paling teruk. aku tak pernah rasa jadi seorang yang terbaik. aku nak sangat rasa tapi things never go right. and i think no one in the world love me. so sad

Selasa, 23 Oktober 2018

MUSIC

                                                wanna hear a good song? here it is! check it out!!

mostly aku memang banyak dengar lagu kpop je sebab banyak kena dengan jiwa and muzik video diorang yang best-best belaka hahahaha. tapi aku layan juga certain lagu english sebab muzik and video diorang best jugak. aku teringat quotes dari albert einstein ni "If I were not a physicist, I would probably be a musician. I often think in music. I live my daydreams in music. I see my life in terms of music.haa sampai macam tu sekali sukanya kat muzik. even albert einstein pun hidup dalam muzik. haa kat bawah ni aku listkan lagu-lagu favourite aku setakat ni. 

https://www.youtube.com/watch?v=e-ORhEE9VVg

blank space - taylor swift

lagu ni lagu yang paling latest aku tengah dengar. firstly aku cuma suka rentak lagu dia je. tapi tiba-tiba aku rasa macam nak ikut nyanyi sekali and mulalah aku google lirik lagu dia ni. rupanya baru aku faham, lagu ni macam mengisahkan kisah cinta gila dongeng seorang perempuan sebenarnya. perempuan ni dah berkali-kali gagal dalam percintaan disebabkan perangai dia yang gila and ni menyebabkan semua ex-boyfriend dia tak boleh tahan dengan dia. then setiap kali ada lelaki baru yang datang dalam hidup dia, dia akan kosongkan hati dia untuk lelaki baru and akan cintakan gila-gila lelaki tu. after that dia akan mula merosakkan hari-hari lelaki tu. haa macam tulah lebih kurang cerita mengisahkan kegilaan perempuan ni. please correct me if i'm wrong :(

https://www.youtube.com/watch?v=8PrNPhVexE4

i swear- sistar

hahahaha ni lagu kpop actually but lagu ni tak terlalu happening sangat sebab dia more into ballad song. aku suka lagu ni sebab video klip dia je mula-mula. hihihi. tapi lepas aku google lyric dia and akhirnyaaa aku fall in love dengan lagu ni. hahaha. actually lagu ni banyak masuk dengan aku. aku ada seorang crush, and aku tahu crush aku tahu yang aku suka dia. but i'm never expect something big from him. chance untuk dia suka balik macam ada dalam 30% gitu. sikit kan? so sebab tulah aku memilih untuk berdiam and suka dia dari jauh je. kalau aku rajin aku doakan dia semoga berjaya dunia dan akhirat. the sad things, aku tahu dia suka orang lain and it's okay. sedih sikit tu adalah tapi tak adalah sampai nak murung berhari-hari. hahaha poyo enn? ehh macam dah lari dari tajuk daa. haa lagu ni aku suka video dia sebab teringinnya aku nak dapat kawan-kawan macam tu sebab aku ni memang sifat semulajadinya gila and sememangnya gila. sapa tak kenal aku memang tak percaya yang aku ada perangai macam ni. tengok video ni buat kau rasa tak ada boyfriend pun tak apa kalau ada kawan-kawan macam ni.


https://www.youtube.com/watch?v=Kt981vK_NnQ

mentera semerah padi - m. nasir

haaa lagu yang satu ni memang lagu feveret aku. lagu wajib aku bukak sebelum aku nak belajar. lagu ni dia bagi semangat lain macam tau kalau kau faham maksud tersirat lagu ni. sekali dengar lagu ni macam more into patriotik. tapi actually dia more into agama. aku tak berapa faham sangat bab agama tu tapi aku ambil kefahaman dari segi patriotik dia. semangat orang melayu dulu-dulu. yelah dulu-dulu kan ada pahlawan 5 sekawan tu. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. aku baca story pasal diorang ni aku tak tahulah diorang ni betul-betul wujud atau sekadar mitos je. tapi tulah hati aku kuat mengatakan yang diorang ni wujud sebenarnya tapi disebabkan penulis-penulis handal sastera ni tak wujud waktu zaman tu menyebabkan sejarah mereka tak tertulis. kalau ada penulis handal pun penulis bukan berasal dari tanah melayu. jadi kesahihan cerita tu tak dapat dibuktikan. haa macam tulah ikut kefahaman aku. kalau dari segi agama pula, lagu ni mengisahkan besi qursani tu. haa bab tu aku tak berapa nak faham. ada yang kata kursani tu ada dijual tapi susah nak jumpa. yang jumpa selalunya cuma wali Allah je. ada yang kata kursani tu ada dalam badan kita cuma tak aktif. aa entahlah banyak sangat pendapat. aku sebenarnya bukan tak berapa nak faham tapi tak faham langsung sebenarya. acah-acah gembel orang indon cakap. ilmu tu macam ilmu dah tinggi sangat. nanti kalau aku dah besar insyaallah aku nak belajar tentang ilmui-ilmu hakikat tu. ilmu Allah. sekarang tak bolehlah sebab aku student lagi aku kena belajar ilmu dunia dulu. hihihi. lagu ni sumpah awesome and aku yakin ia akan evergreen sepanjang zaman.

https://www.youtube.com/watch?v=HHP5MKgK0o8


kill em with kindness - selena gomez



haa lagu ni pun antara lagu feveret aku. aku memang suka semua lagu selena gomez ni sebab memang rentak dia semua sedap and kena dengan aku. lagu ni kita tengok tajuk pun kita dah boleh tahu lagu ni macam mana sebenarnya. lagu ni menceritakan bahawa kita sebagai manusia tak perlu pun membalas kejahatan manusia dengan kejahatan. tapi sebaliknya membalas kejahatan dengan kebaikanlah yang dapat membunuh orang secara diam-diam. kita takkan dapat meneliti kesalahan manusia satu-persatu untuk menjatuhkan mereka. sebaliknya jika kita melakukan kebaikan satu- persatu kejahatan dan penipuan akan ditunjukkan dihadapan kita dan mereka akan merasa tertanggung sendiri dengan kejahatan yang mereka lakukan sendiri.








Khamis, 4 Oktober 2018

STRESS




dalam dunia ni, kau takkan tahu apa sebenarnya salah kau. kau rasa benda tu salah tapi sebenarnya tak salah tapi bagi kau benda tu salah. kau penat, kau penat sebab tak ada manusia dalam dunia ni yang faham kau. kau penat, sebab apa yang kau nak dalam dunia ni semua tak pernah tercapai. kau penat nak menjaga hati manusia. kau penat serabutkan otak kau demi kebahagiaan orang lain. tapi sekali pun tak kau tengok betapa susahnya hidup kau. sampai akhirnya kau mengalah, kau dah tak berdaya lagi. kau dah terlampau lemah untuk teruskan semua ni. tak ada orang yang faham kau. tak ada yang ingin memahami kau. seakan-akan kau tinggal seorang dalam dunia ni. kau nampak betapa terbatasnya pemikiran orang lain. diorang tak dapat melepasi langsung pemikiran kau. kau ada pemikiran kritis tapi sebab mereka2 yang tak mengerti lalu kau pula tertuduh sebagai manusia yang mengarut. kau rasa kau tak guna, useless sebab kau rasa kau sahaja yang hidup kesepian macam ni. kau rasa semua orang mengecapi bahagia. kau rasa semua orang lebih pandai daripada kau. sampaikan kau merasakan yang kau tak ada apa-apa. kau tak dapat perasaan yang sama seperti mereka dapat. how pathetic. :(

itulah perasaan aku sekarang ni. aku dah penat. aku stress tapi siapa yang tahu? aku suka gelak ketawa. hari-hari nampak happy. tapi hakikatnya? aku pendam kesedihan tu seorang diri dalam hati aku sampai dah terlalu sakit hingga terkeluar air mata. aku rasa macam aku tak layak lagi duduk kat dalam dunia. aku tahu tuhan ada, aku tahu yang tuhan akan berikan yang terbaik untuk aku. tapi aku juga sedar, aku tak kuat nak menghadapi keperitan ni hari-hari. hari-hari aku bagaikan berjalan di atas duri. aku rasa sakit setiap masa. jadi apa fungsi aku hidup di dunia ni kalau aku berterus-terusan menderita. ya aku tak mahu cerita dengan orang lain sebab orang akan menghukum aku tak bersyukur dengan nikmat yang ada. dan disebabkan itu aku memang tak suka meluahkan pada manusia kerana manusia sifatnya yang suka menghukum. aku senang simpan sendiri. aku menderita. ya sangat menderita. tapi bukan menderita fizikal tapi aku menderita emosi. aku menderita di hati. aku sakit. aku penat. aku sadar. aku tak akan jadi yang terbaik. dan aku takkan mampu jadi bawah dari terbaik sekalipun. kerana aku.....

Selasa, 25 September 2018

FASA BARU





here we go!!!

catatan terbaru aku.

tak banyak yang aku boleh luahkan dengan kata-kata.

sampai serabut kepala otak aku ni memikirkan masalah yang tak penting.

ya ya ya first of all, aku dah start masuk ke dunia baru.

cuba teka apa 'dunia baru' yang aku maksudkan tu?

hahahahahahhhahahahahahhahah

salah! salah! semua salah!

dunia baru tu means aku dah melangkah ke alam yang baru. alam lahud kot. 

hahahahahhaahhahahahahhahahahhaha

shit kelakar pulak aku ni.

hahaha yelah yelah aku dah masuk ke dunia baru. dunia baru aku tu means dunia universiti.

the good things is aku dah masuk university and dapat sambung degree.

the bad things is aku langsung tak minat course yang aku dapat tu.

and sampai sekarang aku murung teruk.

but mak aku cakap, dia suruh aku redha dengan ketentuan tuhan.

aku try redha and try untuk sesuaikan diri aku dengan environment baru.

but penyakit overthinking aku ni memang sure teruk.

aku rasa macam impossible untuk diubati.

aku takut with behaviour aku yang macam ni kawan-kawan jauhkan diri dari aku.

so aku try untuk pendam semuanya dalam hati aku.

aku ni bukanlah budak baik sangat nor jahat sangat.

but sometimes aku boleh jadi terlalu baik and aku boleh jadi terlalu jahat.

part jadi jahat tu is bila aku pendamkan something lama sangat.

ataupun kau ada buat salah kat aku.

and bila aku dah start jahat means automatically aku takkan percaya kau lagi. 

sampai bila-bila.

fikiran aku ni complicated, overthinking and memang suka fikir yang berat-berat.

tapi jiwa aku lemah.

aku sensitif and cepat sakit hati.

maybe ni punca aku cepat stress kut.

but yelah, ni semua dugaan hidup which is benda yang memang kau akan hadapi.

paling penting is..

kau takkan pernah dapat elak. dah menjadi norma kehidupan.

kebanyakan manusia yang berjiwa rapuh macam aku kalau tak kuatkan diri.

memang akan hancur.

tapi kalau kau boleh ubah dan lawan segala perkara negatif tu.

itulah tanda aras kehebatan kau.

kau struggle dalam menjalani kehidupan kau.

TAHNIAH AKU UCAPKAN!!!

kepadamu yang berjaya.

ignore benda yang tak penting.

kerna kau tahu tujuan kau hidup di dunia ini.

bukan semata-mata untuk melayan perasaan.

tapi lebih untuk menjadi sesuatu yang berguna.

kepada masyarakat, agama dan bangsa.
                                                                                                                                                   25/9/2018

LIFE GOAL

 kenapa aku rasa semua manusia dalam dunia ni tahu apa yang diorang nak? macam mana korang boleh tahu? macam mana korang boleh sure benda tu...