Khamis, 4 Oktober 2018

STRESS




dalam dunia ni, kau takkan tahu apa sebenarnya salah kau. kau rasa benda tu salah tapi sebenarnya tak salah tapi bagi kau benda tu salah. kau penat, kau penat sebab tak ada manusia dalam dunia ni yang faham kau. kau penat, sebab apa yang kau nak dalam dunia ni semua tak pernah tercapai. kau penat nak menjaga hati manusia. kau penat serabutkan otak kau demi kebahagiaan orang lain. tapi sekali pun tak kau tengok betapa susahnya hidup kau. sampai akhirnya kau mengalah, kau dah tak berdaya lagi. kau dah terlampau lemah untuk teruskan semua ni. tak ada orang yang faham kau. tak ada yang ingin memahami kau. seakan-akan kau tinggal seorang dalam dunia ni. kau nampak betapa terbatasnya pemikiran orang lain. diorang tak dapat melepasi langsung pemikiran kau. kau ada pemikiran kritis tapi sebab mereka2 yang tak mengerti lalu kau pula tertuduh sebagai manusia yang mengarut. kau rasa kau tak guna, useless sebab kau rasa kau sahaja yang hidup kesepian macam ni. kau rasa semua orang mengecapi bahagia. kau rasa semua orang lebih pandai daripada kau. sampaikan kau merasakan yang kau tak ada apa-apa. kau tak dapat perasaan yang sama seperti mereka dapat. how pathetic. :(

itulah perasaan aku sekarang ni. aku dah penat. aku stress tapi siapa yang tahu? aku suka gelak ketawa. hari-hari nampak happy. tapi hakikatnya? aku pendam kesedihan tu seorang diri dalam hati aku sampai dah terlalu sakit hingga terkeluar air mata. aku rasa macam aku tak layak lagi duduk kat dalam dunia. aku tahu tuhan ada, aku tahu yang tuhan akan berikan yang terbaik untuk aku. tapi aku juga sedar, aku tak kuat nak menghadapi keperitan ni hari-hari. hari-hari aku bagaikan berjalan di atas duri. aku rasa sakit setiap masa. jadi apa fungsi aku hidup di dunia ni kalau aku berterus-terusan menderita. ya aku tak mahu cerita dengan orang lain sebab orang akan menghukum aku tak bersyukur dengan nikmat yang ada. dan disebabkan itu aku memang tak suka meluahkan pada manusia kerana manusia sifatnya yang suka menghukum. aku senang simpan sendiri. aku menderita. ya sangat menderita. tapi bukan menderita fizikal tapi aku menderita emosi. aku menderita di hati. aku sakit. aku penat. aku sadar. aku tak akan jadi yang terbaik. dan aku takkan mampu jadi bawah dari terbaik sekalipun. kerana aku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIFE GOAL

 kenapa aku rasa semua manusia dalam dunia ni tahu apa yang diorang nak? macam mana korang boleh tahu? macam mana korang boleh sure benda tu...